Doploh sen!

Monday, April 14, 2014

Setahun yang lepas...

Assalamualaikum wbt

Salam sayang-rindu-kasih-sebab-setahun-tak-update-entry

Hahahaha salam aku tu macam minta kaki kan. Tapi memang betul pun. Setahun saya lupakan blog ni (eh pakai saya pulak. Lantak la) . Sebenarnya aku ingat nk buang blog ni, dan dah buat pun blog baru. (Konon nak buat blog yang lagi matang. Kononnnnnn) Tp buat blog baru pun jarang update. Hahaha dasar pemalas.

Memandangkan setahun tak update entry, this gonna be quite fruitful entry. (Fruitful sangat). Okay sekarang sila teka umur aku berapa. 

Yayayaaa aku dah tua. Bukan belasan tahun lagi (walaupun ketinggian seghope budak sekolah). Mati makin mendekat. Entah sampai bila dapat buat amal. Moga kita semua dapat khusnul khotimah dan dapat bersama Tuhan di akhirat kelak :')

Fyi, aku sekarang tengah belajar di UPM, Serdang. Tahun pertama sem kedua. Kos Biologi Sel dan Molekul. Nanti kalau ada kelapangan aku cerita sikit pasal kos tu eh, plus cerita macam mana aku boleh bersemangat walaupun aku dapat kos yang bukan aku minta :'). Allah's plan is the best! Sila jangan buat muka pelik bila baca nama kos tu. Hahaha

Aku sekarang (da gemuk sikit. Bukan, gemuk banyak) tengah slowly tukar gaya pemakanan kepada gaya yang lebih sihat. Maklum le sem lepas banyak sangat gap antara kelas, tu yang tidur makan tidur makan. Sekali timbang, rosak mesin tu hahaha. So aku harap life style yang baru ni dapat bantu sihatkan badan as well as muat balik pakai baju raya masa form 5! InsyaAllah. *Nangis sekarang*

Semalam baru je habis cuti midsem, hari ni masih lagi dalam mood cuti. (Ayat tk sedar diri results test 1 teruk). I should work harder yeyeahhh! Siapa yang berusaha dia yang berjaya kan. Insyaallah. 

Ok lah, aku patut follow jadual belajaq yang dah buat sejak mula sem baru walaupun sebenarnya aku banyak cheat :P hehe biasalah tak student la kalau tak melaghaaa. Bye lepas ni insyaallah ada masa aku update lagi. Maklum le busy scientist-in-the-making ni lain macam sikit. (Boleh blah skang)

Bye. Till then. Assalamualaikum! 

#pray4egypt #pray4syria #pray4ummah











MuchasGracias! Arigato! TerimaKasih!

No comments: